Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part II · Pendaftaran Pengamal
4. Permohonan untuk pendaftaran sebagai pengamal berdaftar
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana—
pengamal berdaftar sementara yang telah selesai tempoh kursus latihan di bawah subseksyen 22(5) Akta;
pengamal yang dikecualikan di bawah subseksyen 22(10) Akta;
atau
pengamal di bawah subseksyen 63(3) Akta yang berdaftar dengan badan pengamal sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Kelima, hendaklah memohon untuk menjadi pengamal berdaftar dengan mengemukakan
Borang E Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan pembayaran fi dalam Jadual
Kedua kepada Majlis.
Pemohon di bawah subperaturan (1) hendaklah layak untuk didaftarkan dengan Majlis jika pengamal itu—
memperoleh kelayakan diiktiraf sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga; atau
memenuhi apa-apa keperluan pengalaman dalam bidang amalan diiktiraf sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
Walau apa pun subperaturan (2), Majlis boleh menghendaki mana-mana pengamal di bawah subperaturan (1) untuk menjalani kursus pembangunan kapasiti dalam bidang amalan diiktiraf sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
P.U. (A) 69 7
Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:
borang maklumat pemohon;
salinan diakui sah kad pengenalan;
salinan diakui sah—
ijazah, diploma atau sijil, atau jika ijazah, diploma atau sijil itu belum dikeluarkan, salinan diakui sah transkrip ijazah, diploma atau sijil itu; atau
apa-apa dokumen bukti pengalaman dalam bidang amalan diiktiraf untuk didaftarkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
salinan diakui sah perakuan pendaftaran dengan badan pengamal sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;
salinan diakui sah perakuan pengecualian yang dikeluarkan di bawah peraturan 3, jika terpakai;
salinan diakui sah apa-apa dokumen bukti tamat dengan jayanya kursus pembangunan kapasiti yang dihadiri di bawah subperaturan (3), jika terpakai; dan
apa-apa dokumen lain sebagaimana yang diperlukan oleh Majlis.
Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subperaturan (1),
Majlis boleh menghendaki pemohon untuk menduduki dan lulus peperiksaan jika kelayakan di bawah subperenggan 4(c)(i) diperoleh daripada program pengajian yang tidak diakreditasi.
P.U. (A) 69 8
Setelah permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) diluluskan,
Majlis hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pengamal berdaftar dalam Borang F
Jadual Pertama.