In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part IV · Prosiding Tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah ditubuhkan dan terdiri daripada seorang pengerusi dan empat anggota daripada kalangan penjawat awam yang dilantik oleh Majlis.
Anggota Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikannya, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
P.U. (A) 69 13
Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menjalankan penyiasatan awal ke atas aduan atau maklumat yang berkenaan dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis.
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Penyiasatan jika Majlis mendapati orang itu bukan lagi seseorang yang layak dan sesuai untuk menjalankan fungsinya.
Anggota Jawatankuasa Penyiasatan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberi notis secara bertulis kepada Majlis dan sesalinan notis itu kepada Jawatankuasa Penyiasatan.
Majlis boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Majlis untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh kekosongan anggota Jawatankuasa
Penyiasatan.