In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part II · Pendaftaran Pengamal
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part II · Pendaftaran Pengamal
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pengamal di luar Malaysia yang berhasrat untuk mendaftar secara sementara hendaklah membuat permohonan dalam Borang G Jadual Pertama kepada Majlis dan disertakan dengan pembayaran fi dalam Jadual Kedua.
Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:
borang maklumat pemohon asing;
salinan diakui sah kad pengenalan atau pasport yang sah;
salinan diakui sah—
ijazah; atau
kelayakan setaraf dalam bidang amalan diiktiraf sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
salinan diakui sah transkrip ijazah atau kelayakan setaraf sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
salinan diakui sah apa-apa dokumen bukti pengalaman sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
salinan diakui sah apa-apa dokumen yang membuktikan bahawa pengamal layak secara fizikal dan mental untuk mengamal; dan
apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis.
P.U. (A) 69 9
Setelah permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) diluluskan,
Majlis hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pengamalan sementara dalam
Borang H Jadual Pertama.