Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2021

Seksyen 2

(1)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 22(1) Akta yang berhasrat untuk mengamal perubatan tradisional dan komplementari hendaklah memohon kepada Majlis untuk didaftarkan secara sementara sebagai pengamal dengan mengemukakan Borang A sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama selepas pembayaran fi dalam Jadual Kedua.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:

(a)

salinan diakui sah kad pengenalan; dan

P.U. (A) 69 5

(b)

salinan diakui sah ijazah, diploma atau sijil, atau jika ijazah, diploma atau sijil itu belum dikeluarkan, salinan diakui sah transkrip ijazah, diploma atau sijil itu; atau

(c)

salinan diakui sah apa-apa dokumen bukti pengalaman dalam bidang amalan diiktiraf oleh orang yang ditentukan oleh Majlis sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), jika salinan diakui sah ijazah, diploma atau sijil itu, atau salinan diakui sah transkrip bagi ijazah, diploma atau sijil itu diperoleh daripada program pengajian yang tidak diakreditasikan, Majlis boleh menghendaki pemohon untuk menduduki dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh

Majlis sebelum permohonan itu dipertimbangkan.

(4)

Jika pemohon itu telah didaftarkan secara sementara sebagai pengamal, suatu perakuan pendaftaran sementara hendaklah dikeluarkan sebagaimana dalam

Borang B Jadual Pertama.

Perakuan pengecualian