Skip to content
In forceAs enacted

Part II · Pendaftaran Pengamal

6. Permohonan untuk perakuan pengamalan pengamal berdaftar

Feedback & support
(1)

Seseorang pengamal berdaftar hendaklah memohon bagi perakuan pengamalan kepada Pendaftar dalam Borang I Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan pembayaran fi dalam Jadual Kedua.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:

(a)

salinan diakui sah kad pengenalan;

(b)

Bahagian A borang maklumat pemohon; dan

(c)

apa-apa dokumen lain sebagaimana yang diperlukan oleh Majlis.

(3)

Suatu permohonan bagi pembaharuan perakuan pengamalan pengamal berdaftar hendaklah dibuat dalam Borang J Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan pembayaran fi dalam Jadual Kedua, salinan diakui sah kad pengenalan dan

Bahagian A borang maklumat pemohon.

(4)

Setelah permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau (3)

diluluskan, Majlis hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pengamalan dalam

Borang K Jadual Pertama.

(5)

Mana-mana pengamal berdaftar yang mengamal tanpa perakuan pengamalan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

P.U. (A) 69 10

Report

Part III

Daftar

Part IV

Prosiding Tatatertib

Schedules