In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part II · Pendaftaran Pengamal
Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2021 · As enacted · Part II · Pendaftaran Pengamal
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Selepas tamat tempoh penggantungan nama dalam daftar, mana-mana pengamal berdaftar boleh memohon kepada Majlis untuk perakuan pengamalannya dikembalikan kepadanya dengan mengemukakan Borang L Jadual Pertama selepas pembayaran fi dalam Jadual Kedua.
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat bagi tempoh yang perakuan dikeluarkan itu masih sah dan disertakan dengan salinan diakui sah kad pengenalan atau pasport yang sah pemohon, borang maklumat pemohon dan dokumen sokongan yang berkaitan.