Seksyen 18
Penyampaian notis
of Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993
ActIn forceProvision 18 of 20
Seksyen 18
(1)
Apa-apa notis yang dikehendaki disampaikan kepada seseorang pengendali berlesen di bawah Akta ini hendaklah disampaikan—
(a)
dengan menghantarserahkan notis itu kepada pengendali berlesen itu sendiri; atau
(b)
dengan mengeposkan notis itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada pengendali berlesen itu.
(2)
Jika sesuatu notis telah diposkan mengikut perenggan (1) (b), notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu apabila tamat tempoh satu minggu dari tarikh notis itu diposkan.