Skip to content

Seksyen 20

Orang yang disifatkan sebagai pemegang lesen

of Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993

ActIn forceProvision 20 of 20
Seksyen 20
(1)

Mana-mana orang yang telah membuat perjanjian, pajakan atau penyewaan dengan Kerajaan Malaysia berkenaan dengan pengendalian sesuatu penyembelihan, yang sedang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pemegang lesen di bawah Akta ini.

(2)

Menteri hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari mula berkuatkuasanya Akta ini, mengeluarkan kepada pemegang lesen di bawah subseksyen (1) suatu lesen yang hendaklah —

(a)

sah bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tempoh yang tinggal di bawah perjanjian, pajakan atau penyewaan; dan

(b)

mengandungi terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang diperuntukkan dalam perjanjian, pajakan atau penyewaan, yang telah dibuat di antara pihak-pihak itu.