Skip to content
ActIn force

Akta Penghutang 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1957
Sections
24
Languages
EN · MS

Akta Penghutang 1957 is Malaysia Act, cited as Act 256 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 256

Sebagaimana pada 1 Jun 2014

2

Pertama kali dibuat … … … 1957 (Ordinan No. 71

tahun 1957

Disemak … … … 1981 (Akta 256 m.b.p.

26 November 1981

Kali terakhir dipinda melalui

Akta A913 yang berkuat kuasa pada … … … 17 Februari 1995

3

Akta 256

(Disemak −1981)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta berhubungan dengan penghutang. [Malaysia Barat−1hb April 1958-P.U.72/58; Sabah dan Sarawak−1hb Jun 1981-P.U.(B) 302/81]

Bahagian I

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“mahkamah” ertinya mahkamah yang mana prosiding asal dimulakan; iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau

Mahkamah Majistret;

*“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuk Wilayah

Persekutuan;

*CATATAN—“Wilayah Persekutuan” merujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Putrajaya dan Labuan lihat P.U. (A) 220/1985 m.b.p 16 April 1984 and Akta A 1330 m.b.p 15

Mac 2010 [P.U. (B) 75/2008].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

“Negeri”, dalam seksyen 6 (1), 15 (1) (a), (b) dan (c) dan 19 (1) (a), ertinya−

(c)

Semenanjung Malaysia, mengikut mana yang berkenaan, di mana mahkamah itu terletak.

“pegawai Negeri” ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja oleh Kerajaan Negeri yang syarat pekerjaannya tidak menjadikannya kena berkhidmat di luar Negeri itu;

“pegawai Persekutuan”ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja atau disifatkan sebagai diambil kerja oleh Kerajaan Malaysia;

“pegawai berkenaan” berkenaan dengan mana-mana mahkamah ertinya pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk melaksanakan apa-apa penghakiman mahkamah tersebut.

“penghakiman” termasuk apa-apa dikri, perintah atau keputusan bagi pembayaran wang.

Bahagian II

PELAKSANAAN BERKENAAN DENGAN HUTANG

PENGHAKIMAN

Pelaksanaan berkenaan dengan hutang penghakiman

(1)

Tertakluk kepada dan mengikut mana-mana kaedah mahkamah apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut penghakiman sesuatu mahkamah boleh didapatkan semula jika berlaku keingkaran atau kegagalan pembayarannya dengan serta-merta atau pada masa atau masa-masa, atau mengikut cara yang diarahkan sedemikian oleh pelaksanaan sama ada menurut

Penghutang 9

undang-undang atau ekuiti terhadap harta alih atau tak alih sesuatu pihak yang terhadapnya penghakiman itu diperoleh:

Dengan syarat bahawa yang berikut tidak boleh dikenakan penahanan, penyitaan, atau jualan dalam pelaksanaan itu, iaitu:

(a)

pakaian, perkakas memasak, katil atau alatan tempat tidur penghutang penghakiman, isteri dan anak-anaknya, dan alat dan perkakas trednya yang bernilai hingga dua ratus ringgit kesemuanya, yang setakat itu adalah dilindungi daripada pelaksanaan;

(b)

alat-alat pertukangan atau jika penghutangan penghakiman itu ialah seorang petani, perkakas pertaniannya dan mana-mana kerbau lembu dan biji benih atau hasil yang pada pendapat mahkamah adalah perlu bagi membolehkannya mencari nafkah sebagai seorang tukang atau petani;

(c)

rumah atau bangunan lain (dengan bahan dan tapaknya dan tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung dan perlu bagi penikmatan mereka) yang dipunyai oleh seorang petani dan diduduki olehnya;

(e)

apa-apa pencen, ganjaran atau elaun yang diberi oleh

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana badan awam lain yang ditetapkan oleh

Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam

Warta;

(f)

upah atau gaji penghutang penghakiman itu:

Dengan syarat bahawa jika upah atau gaji itu melebihi dua ratus ringgit sebulan, mahkamah boleh memberi kebenaran pelaksanaan untuk dilevi mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah berkenaan dengan lebihan itu atau sebahagian

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

daripadanya sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah.

(g)

jika penghutang penghakiman itu adalah seorang yang bertanggungan untuk membayar hasil tanah, apa-apa harta alih yang di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai terhadapnya dikecualikan daripada jualan bagi mendapatkan kembali tunggakan hasil tersebut; dan

(h)

apa-apa syer seseorang penghutang penghakiman dalam sesuatu perkongsian yang terhadapnya penghutang penghakiman itu berhak untuk mengambil tindakan bagi mendapat suatu gadaian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pekongsian.

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai mengecualikan rumah atau bangunan lain atau bahan atau tapaknya atau tanah yang bersangkutan dengannya secara langsung atau yang perlu bagi penikmatan mereka daripada ditahan atau dijual pada melaksanakan penghakiman bagi pembayaran sewa mana-mana rumah, bangunan, tapak atau tanah tersebut.

Bahagian III

PENANGKAPAN, PEMERIKSAAN DAN PEMENJARAAN

PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Saman penghutang penghakiman

(1)

Jika penghakiman mahkamah adalah bagi mendapatkan kembali atau pembayaran wang sama ada secara ansuran atau sebaliknya pihak yang berhak menguatkuasakannya (kemudian daripada ini disebut pemiutang penghakiman) boleh, tertakluk kepada dan mengikut apa-apa kaedah mahkamah, memanggil penghutang penghakiman, atau sekiranya penghutang penghakiman itu adalah suatu perbadanan seorang pegawai perbadanan itu, untuk diperiksa secara lisan di hadapan mahkamah berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar atau menyelesaikan hutang

Penghutang 11

penghakiman dan bagi mendapatkan harta yang boleh digunakan bagi pembayaran tersebut dan bagi pelupusan harta itu yang telah dibuat oleh penghutang penghakiman tersebut.

(2)

Penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah dipanggil, hendaklah, apabila diminta, mengemukakan segala buku, suratan atau dokumen dalam miliknya atau kuasanya berhubungan dengan harta tersebut.

(3)

Pemiutang penghakiman, boleh mensepina sebagai seorang saksi mana-mana orang yang dia berpendapat mungkin boleh memberi maklumat berkenaan dengan keupayaan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman atau berkenaan dengan hartanya.

(4)

Sama ada penghutang penghakiman, atau, jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya hadir atau tidak pemiutang penghakiman dan saksi-saksi lain bolehlah diperiksa dengan bersumpah berkenaan dengan perkara yang tersebut dahulu.

(5)

Jika penghutang penghakiman, atau jika penghutang penghakiman itu ialah suatu perbadanan, pegawainya yang telah diberitahu dengan sempurnanya tidak hadir, mahkamah boleh─

(a)

memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah untuk diperiksa; atau

(b)

membuat suatu perintah ex parte terhadap penghutang penghakiman itu.

(6)

Selepas pemeriksaan atau ketidakhadiran itu seperti yang tersebut dahulu mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman itu membayar hutang penghakiman itu sama ada ─

(a)

sekaligus dengan serta-merta atau dalam suatu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah; atau 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

(b)

dengan apa-apa ansuran yang kena dibayar pada sesuatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.

(7)

Jika penghutang penghakiman ingkar membayar mengikut perintah sedemikian, suatu notis di dalam borang yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah bolehlah dikeluarkan atas permintaan pemiutang penghakiman, yang meminta penghutang penghakiman itu hadir di hadapan mahkamah pada masa yang ditetapkan di dalamnya dan menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dipenjarakan kerana keingkaran tersebut.

(8)

Mana-mana notis sedemikian hendaklah disampaikan sendiri kepada penghutang penghakiman; dan jika, pada hari yang tersebut itu atau pada mana-mana hari yang berikut yang mana perkara itu mungkin ditangguhkan, tiada apa jua sebab yang mencukupi diberi oleh penghutang penghakiman itu, mahkamah boleh mengkomitkannya ke penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam minggu atau sehingga terlebih dahulu dibayar apa-apa ansuran atau ansuran-ansuran atau jumlah wang lain yang kena dibayar.

(9)

Seseorang penghutang tidak boleh dipenjarakan di bawah seksyen ini melainkan jika didapati bahawa, semenjak tarikh perintah mengarahkan pembayaran, sama ada dengan serta merta atau dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan atau secara ansuran, dia mempunyai pendapatan yang cukup bagi mematuhi perintah itu.

Kuasa mahkamah memerintahkan supaya penghutang dilepaskan

(1)

Jika pada bila-bila masa adalah didapati dengan memuaskan hati mahkamah bahawa mana-mana penghutang yang ditangkap atau dikurung dalam penjara menurut perintah mahkamah tidak mampu kerana apa-apa sebab membayar mana-mana jumlah wang yang didapatkan kembali daripadanya (sama ada dengan cara penyelesaian tuntutan atau tuntutan balas atau dengan cara kos atau selainnya), atau apa-apa ansurannya, dan patut dilepaskan, mahkamah boleh memerintahkan supaya dia dilepaskan menurut apa-apa terma

Penghutang 13

(termasuk liabiliti untuk ditangkap semula jika terma-terma itu tidak dipatuhi) sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah.

(2)

Jika perintah pemenjaraan yang dikeluarkan oleh satu mahkamah telah dihantar ke mahkamah lain bagi pelaksanaan, mahkamah lain itu adalah mempunyai kuasa sama ada sebagaimana mahkamah yang mana perintah pemenjaraan itu dibuat bagi memerintahkan supaya penghutang itu dilepaskan di bawah seksyen ini.

Penangkapan penghutang penghakiman

(1)

Jika penghakiman bagi pembayaran wang belum lagi diselesaikan sepenuhnya atau sebahagian sepenuhnya atau sebahagiannya, sama ada writ pelaksanaan telah dikeluarkan atau tidak, mahkamah boleh memerintahkan supaya penghutang ditangkap dan dibawa ke hadapan mahkamah dengan serta merta bagi pemeriksaan mengikut seksyen 4(1), jika didapati oleh mahkamah bahawa terdapat sebab yang mungkin bagi mempercayai, dengan mengambil perhatian terhadap kelakuan atau keadaan urusannya, atau selainnya, bahawa dia mungkin meninggalkan Negeri dengan maksud mengelak pembayaran wang tersebut atau mengelak pemeriksaan terhadap urusannya.

(2)

Jika pemeriksaan ditangguhkan, mahkamah boleh memerintahkan supaya penghutang dipenjarakan sehingga perbicaraan yang ditangguhkan itu dimulakan atau sehingga sesuatu masa apabila dia memberi sekuriti mengikut amaun yang tersebut dalam perintah bagi kehadirannya diperbicaraan yang ditangguhkan itu.

(3)

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini mahkamah boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 4 tertakluk kepada subseksyen (9) seksyen itu.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

Perintah interim bagi melindungi harta penghutang

Mahkamah boleh, apabila sesuatu pemeriksaan dibuat di bawah

Bahagian ini, membuat apa-apa perintah interim yang disifatkannya bermanfaat bagi melindungi apa-apa harta yang pada hermatnya mungkin boleh didapati bagi melepaskan hutang penghakiman.

Perintah bagi pembayaran secara ansuran tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan

Tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah, suatu perintah bagi pembayaran ansuran suatu hutang penghakiman di bawah

Bahagian ini tidak boleh menjadi halangan terhadap prosiding dalam pelaksanaan melainkan dan kecuali setakat mana mahkamah mengarahkan sedemikian.

Kaedah mahkamah boleh dibuat mengenai deposit yang akan diberikan oleh pemiutang penghakiman

Kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat bagi maksud berikut:

(a)

bagi menghendaki deposit oleh orang yang atas kehendak sesuatu perintah penangkapan atau pemenjaraan dikeluarkan, suatu jumlah wang bagi menanggung —

(i)

perbelanjaan bagi membawa penghutang ke mahkamah; dan

(ii)

sara hidup penghutang penghakiman semasa di dalam penjara; dan

(b)

bagi mengawal selia apa-apa perkara yang bersampingan dengan deposit tersebut.

Penghutang 15

Penangkapan atau pengkomitan adalah bergantung kepada pendepositan perbelanjaan

(1)

Jika di bawah mana-mana kaedah mahkamah pemiutang penghakiman dikehendaki mendepositkan wang bagi menanggung perbelanjaan membawa penghutang ke hadapan mahkamah, penghutang itu tidak boleh ditangkap sehingga deposit tersebut telah dibuat; dan jika pemiutang penghakiman dikehendaki mendepositkan wang bagi menanggung sara hidup penghutang itu semasa di dalam penjara, perintah pengkomitan tidak boleh dilaksanakan sehingga deposit tersebut telah dibuat.

(2)

Jika apa-apa deposit tambahan dikehendaki sepanjang mana-mana tempoh pemenjaraan di bawah Bahagian ini, mahkamah boleh, sekiranya deposit tersebut tidak dibuat dengan sempurnanya, memerintahkan supaya penghutang dilepaskan dari penjara.

Perbelanjaan hendaklah dicampurkan kepada hutang penghakiman

Melainkan dalam mana-mana kes mahkamah memerintahkan selainnya, kos dan perbelanjaan bagi dan bersampingan dengan pemanggilan, penangkapan atau pemenjaraan mana-mana penghutang penghakiman di bawah Akta ini hendaklah dicampurkan kepada hutang penghakiman dan boleh didapatkan kembali dengan sewajarnya.

Pengkomitan pemegang amanah ingkar, dsb.

Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa pemegang amanah atau orang yang tertindak atas sifat fidusiari telah ingkar membayar ke dalam mahkamah apa-apa jumlah wang di dalam miliknya atau di bawah kawalannya, mahkamah itu boleh mengkomitkan pemegang amanah atau orang itu selama tempoh yang boleh sampai enam bulan:

Dengan syarat bahawa —

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

(a)

tiada apa jua pengkomitan sedemikian boleh diperintahkan, jika didapati oleh mahkamah bahawa pemegang amanah atau orang yang tersebut dahulu itu bertindak dengan suci hati dalam perkara itu; dan

(b)

selepas pembayaran amaun yang kena dibayar, banduan itu hendaklah dilepaskan dengan serta merta.

Pelepasan atau penggantungan perintah

Mahkamah boleh melepas atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat di bawah

Bahagian ini, atau boleh, menggantung penguatkuasaannya.

Pemenjaraan tidak berkuat kuasa sebagai penyelesaian

Tiada apa jua pemenjaraan di bawah Akta ini boleh berkuat kuasa sebagai menyelesaikan atau menghapuskan apa-apa hutang atau melucutkan hak mana-mana orang bagi mengeluarkan pelaksanaan terhadap harta penghutang.

Bahagian IV

PENANGKAPAN SEBELUM PENGHAKIMAN

Bila defendan dikehendaki memberi jaminan bagi kehadiran

(1)

Jika pada mana-mana peringkat sesuatu tindakan, selain daripada sesuatu tindakan bagi memiliki harta tak alih, terhadap seseorang defendan yang menjalankan urusan atau biasanya tinggal dalam bidang kuasa mahkamah, plaintif meyakinkan mahkamah dengan keterangan bersumpah bahawa dia mempunyai kausa tindakan yang baik terhadap defendan dan bahawasanya defendan, dengan niat memudaratkan plaintif, atau mengelak apa-apa proses mahkamah, atau menghalang atau melengahkan pelaksanaan mana-mana penghakiman yang mungkin dibuat terhadapnya —

Penghutang 17

(b)

hendak melarikan diri atau meninggalkan Negeri; atau

(c)

telah melupuskan, atau memindahkan hartanya atau mana-mana bahagiannya daripada Negeri, mahkamah boleh mengeluarkan suatu perintah bagi menangkap defendan itu dan membawanya ke hadapan mahkamah untuk memberikan sebab mengapa dia tidak patut memberi jaminan bagi kehadirannya:

Dengan syarat bahawa defendan tidak boleh ditangkap jika dia membayar kepada pegawai yang diamanahkan dengan pelaksanaan perintah itu apa-apa jumlah wang yang dinyatakan di dalam perintah itu mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan plaintif. Jumlah wang itu hendaklah dipegang secara deposit oleh mahkamah sehingga tindakan itu dilupuskan atau sehingga dikeluarkan perintah selanjutnya.

(2)

Jika defendan gagal memberi sebab tersebut mahkamah hendaklah memerintahkannya sama ada mendepositkan wang atau harta lain dalam mahkamah yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan terhadapnya atau memberi jaminan bagi kehadirannya pada bila-bila masa apabila dipanggil semasa tindakan itu belum selesai dan sehingga penyelesaian sesuatu perintah yang mungkin dibuat terhadapnya dalam tindakan itu, atau hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh defendan di bawah proviso subseksyen (1).

(3)

Setiap penjamin bagi kehadiran seseorang defendan hendaklah mengikat dirinya untuk membayar, sekiranya defendan tidak hadir, apa-apa jumlah wang yang defendan mungkin diperintahkan untuk membayar dalam tindakan itu.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

Prosedur atas permohonan oleh penjamin supaya dilepaskan

(1)

Seseorang penjamin bagi kehadiran seseorang defendan boleh pada bila-bila masa memohon kepada mahkamah supaya dilepaskan daripada obligasinya dan atas permohonan tersebut mahkamah hendaklah memanggil defendan supaya hadir, atau boleh mengeluarkan perintah bagi menangkapnya.

(2)

Atas kehadiran defendan menurut apa-apa saman atau perintah sedemikian, mahkamah hendaklah melepaskan penjamin itu daripada obligasinya dan memanggil defendan untuk memberi jaminan baru.

Prosedur jika defendan gagal memberi sekuriti atau mendapat jaminan baru

Jika defendan gagal mematuhi mana-mana perintah di bawah seksyen 15 atau 16 mahkamah boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam penjara sehingga keputusan tindakan itu:

Dengan syarat bahawa —

(a)

tiada seorang pun boleh ditahan dalam penjara di bawah seksyen ini dalam apa-apa kes selama tempoh lebih daripada enam minggu; dan

(b)

tiada seorang pun boleh ditahan dalam penjara di bawah seksyen ini selepas dia telah mematuhi perintah tersebut.

Permohonan oleh defendan

Seseorang defendan boleh, pada bila-bila masa selepas penangkapannya, memohon kepada mahkamah untuk membatalkan atau mengubah perintah yang dibuat di bawahnya, atau melepaskannya daripada jagaan, dan mahkamah boleh membuat perintah sedemikian dengan adil.

Penghutang 19

Bahagian V

PENAHANAN HARTA SEBELUM PENGHAKIMAN

Penyitaan harta sebelum penghakiman

(1)

Jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, pada bila-bila masa selepas writ saman dikeluarkan, dengan keterangan bersumpah bahawa plaintif mempunyai kausa tindakan yang baik terhadap defendan, dan —

(a)

bahawa defendan itu tidak ada di dalam Negeri dan bahawa tempat tinggalnya tidak dapat ditemui;

(b)

bahawa penyampaian writ saman tidak dapat dilakukan tanpa kelengahan atau kesusahan besar; atau

(c)

bahawa defendan itu, dengan niat untuk menghalang atau melengahkan pelaksanaan apa-apa penghakiman yang telah atau mungkin dibuat terhadapnya, telah mengalih atau hendak mengalih atau telah menyembunyikan atau sedang menyembunyikan atau membinasakan atau menyerahkan kepada orang kain, apa-apa harta alih atau harta tak alih, mahkamah boleh memerintahkan supaya harta defendan, atau mana-mana bahagian daripadanya, disita atau ditahan dengan serta-merta oleh pegawai berkenaan sebagai suatu sandaran atau jaminan bagi memenuhi tuntutan wajar plaintif, sehingga perbicaraan tindakan itu dan penyelesaian apa-apa penghakiman yang mungkin dibuat terhadap defendan; tetapi perintah tersebut tidak boleh menjadikan plaintif sebagai seorang pemiutang bercagar jika defendan dihukum bankrap:

Dengan syarat bahawa apa-apa harta defendan atau hutang yang kena dibayar kepada defendan jika dalam jagaan atau di bawah kawalan atau kena dibayar daripada mana-mana Kerajaan atau pegawai awam atas sifat rasminya, hanya boleh dirampas atau ditahan dengan izin bertulis Menteri Kewangan dalam hal Kerajaan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

Malaysia atau pegawai Persekutuan atau Kaetua Menteri dalam hal

Kerajaan Negeri atau pegawai Negeri.

(2)

Dalam hal harta tak alih penyitaan hendaklah dibuat mengikut cara yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah mahkamah bagi penyitaan harta tersebut dalam melaksanakan sesuatu penghakiman.

(3)

Sekiranya harta tak alih disita kemudiannya dalam pelaksanaan bagi penyelesaian penghakiman dalam tindakan itu, apa-apa perintah mahkamah yang menurut penyitaan itu didaftarkan mengikut kaedah-kaedah mahkamah itu yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah diberi prioriti seolah-olah ia telah didaftarkan pada tarikh yang mana sesuatu perintah di bawah seksyen ini menurut penyitaan harta tersebut di bawah seksyen ini didaftarkan sedemikian.

Mahkamah boleh melepaskan harta

Mahkamah boleh pada bila-bila masa, apabila sebab munasabah ditunjukkan dan atas apa-apa terma, jika ada, mengenai jaminan atau selainnya yang difikirkan adil, melepaskan harta yang disita dan memerintahkan supaya apa-apa harta alih dikembalikan.

Perintah bagi penjualan barang-barang mudah musnah

Mahkamah boleh pada bila-bila masa sementara menanti selesai perbicaraan tindakan, memerintahkan penjualan apa-apa harta yang disita di bawah Bahagian ini yang daripada jenis mudah musnah atau yang kerana apa-apa sebab lain adalah perlu untuk dijual tanpa kelengahan, dan mengarahkan supaya hasil jualan tersebut dipegang oleh pegawai berkenaan atau dibayar ke dalam mahkamah sementara menanti selesai perbicaraan tindakan itu.

Harta boleh dikenakan pelaksanaan

Apa-apa harta yang disita sedemikian, atau hasil jualannya hendaklah boleh dikenakan pelaksanaan bagi menyelesaian apa-apa

Penghutang 21

penghakiman dalam tindakan terhadap defendan; tetapi ia hendaklah tertakluk kepada tuntutan terdahulu mana-mana pemiutang penghakiman, yang penghakimannya diperoleh dalam masa satu tahun sebelum penyitaannya di bawah Bahagian ini;

dengan syarat bahawa pemiutang penghakiman tersebut telah mengeluarkan pelaksanaan terhadap harta defendan sebelum membuat apa-apa perintah di bawah Bahagian ini.

Bahagian VI

GANTI RUGI KERANA PENANGKAPAN

ATAU PENAHANAN TAK WAJAR

Pampasan kerana penangkapan atau penahanan tak wajar

(1)

Jika pada mana-mana peringkat kemudian sesuatu tindakan di mana suatu perintah bagi penangkapan atau penahanan harta telah dibuat di bawah Akta ini mahkamah berpendapat bahawa penangkapan atau penahanan tersebut dipohon atas alasan yang tidak mencukupi, atau sekiranya tuntutan plaintif dibuang dan mahkamah berpendapat tidak ada alasan yang cukup bagi membawa tindakan itu, mahkamah boleh, atas permohonan defendan, mengaward atas plaintif apa-apa amaun tidak lebih daripada satu ribu ringgit sebagaimana disifatkan munasabah bagi memberi pampasan kepada defendan kerana apa-apa kerugian yang dialaminya akibat penangkapan atau penahanan itu.

(2)

Sesuatu award di bawah seksyen ini hendaklah menghalang apa-apa tindakan ganti rugi tetapi tiada apa jua dalam seksyen ini boleh mencegah defendan daripada menyenggara sesuatu tindakan ganti rugi sebagai ganti memohon sesuatu award dibawah subseksyen (1).

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 256

Bahagian VII

PEMANSUHAN

Ordinan Penghutang bagi Negeri-Negeri Selat [N.S Bab. 48],

Ordinan Penghutang 1957 [Sabah Ord. 12 tahun 1957] bagi Negeri

Sabah dan Ordinan Penghutang 1960 [Sarawak Ord. 4 tahun 1960]

bagi Negeri Sarawak adalah dengan ini dimansuhkan.

23

Akta 256

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. (A) 358/1980

Perintah Ordinan Penghutang

01-06-1981

(Perluasan) 1980

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A913

Akta Penghutang (Pindaan) 1995 17-02-1995

______________

24

Akta 256

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta 160

Akta A913 29-08-1975 17-02-1995

23

Akta 160 29-08-1975

_______________

Common questions

What is Akta Penghutang 1957?
Akta Penghutang 1957 is Malaysia Act, cited as Act 256 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is Akta Penghutang 1957 still in force?
Yes — Akta Penghutang 1957 is currently in force.
When did Akta Penghutang 1957 take effect?
Akta Penghutang 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does Akta Penghutang 1957 have?
Akta Penghutang 1957 contains 24 sections.
Where can I read the official version of Akta Penghutang 1957?
The official text of Akta Penghutang 1957 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.