PERMULAAN
Tajuk ringkas
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 is Malaysia Act, cited as Act 203 1978, currently marked in force and first recorded in 1978.
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 203
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN
KELANTAN SELATAN 1978
Sebagaimana pada 1 November 2018
Undang-Undang Malaysia 2
Akta 203
Tarikh Perkenan Diraja
… … … …
28 Februari 1978
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 2 Mac 1978
Kali terakhir dipinda melalui
Akta A1543 yang mula berkuat kuasa pada
… … … …
15 November 2017
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama …
…
…
…
2001
Cetakan Semula Yang Kedua
…
…
…
…
2006
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 3
Akta 203
Opening note
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan 1978.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;
“Kawasan Kelantan Selatan” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 203
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;
“Negeri” ertinya Negeri Kelantan;
“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pengurus” ertinya Pengurus sesuatu Bahagian yang ditetapkan di bawah seksyen 14;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(1);
“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“syarikat” mempunyai erti sama seperti yang diberikan kepada
“perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Timbalan Pengurus Besar” ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(6).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 7
Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Fungsi Lembaga
Fungsi Lembaga adalah—
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kelantan
Selatan;
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Kelantan Selatan; dan
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Kelantan Selatan.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—
menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh
Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 203
berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;
memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa
Lembaga atau secara bebas;
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya;
membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh
Lembaga;
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 9
menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kelantan
Selatan untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga;
melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;
melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.
Keanggotaan Lembaga
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 203
empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan
Lembaga; dan
Tertakluk kepada subseksyen (3), Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.
Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1)
hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (h) telah dipotong.
Anggota silih ganti 5a. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c),
Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat
Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 11
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan boleh diberikan selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 203
Kawasan Kelantan Selatan
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan
Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawah
Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan“Kawasan Kelantan Selatan”.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kelantan Selatan.
Fungsi tambahan bagi Lembaga
Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga oleh Akta ini,
Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:
Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan
Wang.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Lembaga hendaklah memberi Menteri dan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 13
dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Pengerusi
Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawalan pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.
Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana anggota lain, mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Timbalan
Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi semasa
Pengerusi tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalannya
Menteri hendaklah melantik seorang Pengurus Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 203
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga dari semasa ke semasa.
Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Timbalan
Pengurus Besar atau lebih dan meletakhakkan pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.
Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,
Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar untuk melaksanakan kewajipan Pengurus Besar semasa Pengurus
Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas
Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian
Lembaga boleh menubuhkan Bahagian-Bahagian yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan
“Pengurus”.
Menjadi tanggungjawab Pengurus sesuatu Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan wajar oleh Lembaga pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja secara terus tanpa notis.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 203
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 16a. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
[Akta 605] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
16b–16h. (Dipotong oleh Akta A1543).
Penubuhan Kumpulan Wang
Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri;
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada kumpulan wang pinjaman;
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 17
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman”
ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri melalui pinjaman.
Pengimbangan akaun hasil
Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, mencukupi untuk membayar segala wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kumpulan wang rizab
Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi lain dan kos, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Perbelanjaan Lembaga setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 19
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)
1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Pewakilan kuasa Lembaga
Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada
Pengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau ke atas Lembaga yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Pengurus Besar atau orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan autoriti kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana anggotanya yang lain atau mana-mana orang lain untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga takat yang dinyatakan oleh Lembaga.
Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 203
Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh
Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.
Pelaburan
Aset Lembaga hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Kuasa untuk mengambil khidmat ejen
Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada menunaikan kewajipannya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 21
Kuasa untuk memberikan pinjaman
Dalam menunaikan kewajipannya atau dalam melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam hal tertentu.
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menunaikan kewajipannya atau pada melaksanakan fungsinya.
Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).
Pengambilan tanah secara paksa
Apabila apa-apa harta tak alih, yang bukan tanah Kerajaan, perlu diambil oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 203
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas harta itu.
(Dipotong oleh Akta 478).
Obligasi kerahsiaan
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa mejejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—
menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 23
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;
menetapkan cara dan terma dan syarat bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah
Akta ini.
Peraturan-peraturan itu—
boleh mengadakan peruntukan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti untuk apa-apa kesalahan yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.
Kuasa untuk meminda Jadual 32a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 203
yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.
Jadual Pertama
[Subseksyen 5(2)]
Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh
Menteri dalam surat cara pelantikannya.
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab.
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.
Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya.
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika anggota itu mati;
jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 25
jika anggota itu menjadi bankrap;
jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;
sekiranya peletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikan anggota itu dibatalkan.
Jika mana-mana anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan.
Saraan dan elaun
3. Hendaklah dibayar kepada anggota lembaga atau mana-mana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.
Mesyuarat
4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.
Kuorum bagi Lembaga ialah enam orang.
Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi.
Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga)
untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 203
Meterai perbadanan
6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)
hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Besar atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa;
dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
7. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh
Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 27
Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—
ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota
Lembaga; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Jadual Kedua
[Subseksyen 28(2)]
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan
Lembaga ke atas perbadanan itu.
Kecualian
2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 203
Kuat kuasa peraturan-peraturan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perengan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.
Daftar perbadanan
5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28
dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.
Penggulungan
6. (1) Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh
Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang kerananya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam tiap-tiap satu hal itu.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 29
Meterai perbadanan bagi perbadanan
8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan itu, dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu dengan kelulusan
Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi “LKKS”
boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Jadual Ketiga
[Subseksyen 28a(2)]
Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 203
Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada
Pengerusi Lembaga.
Mesyuarat
2. (1) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasanya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Tatacara
3. Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 31
Akta 203
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A520
Akta Lembaga Kemajuan (Pindaan)
1981 01-01-1981
Akta 478
Akta Pembatalan Pengecualian
Daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992 21-02-1992
Akta A968
Akta Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (Pindaan) 1996 27-09-1996
P.U. (A) 285/2003
Perintah Penyemakan Undang-Undang
(Pembetulan Akta Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan 1978) 2003 01-08-2003
Akta A1543
Akta Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (Pindaan) 2017 15-11-2017
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 203
Akta 203
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A968 27-09-1996
Akta A1543 15-11-2017 5
Akta A520 01-01-1981
Akta A1543 15-11-2017 5a
Akta A1543 15-11-2017 12
Akta A1543 15-11-2017 13
Akta A1543 15-11-2017 14
Akta A1543 15-11-2017 16a–16h
Akta A968 27-09-1996
Akta A1543 15-11-2017 22
Akta A1543 15-11-2017 28a
Akta A1543 15-11-2017 30
Akta 478 21-02-1992 32a
Akta A1543 15-11-2017
Jadual Pertama
Akta A520 01-01-1981
Akta A1543 15-11-2017
Jadual Ketiga
Akta A1543 15-11-2017
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.