Skip to content
ActIn force

Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1990
Sections
25
Languages
MS · EN

Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 is Malaysia Act, cited as Act 422 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 422

AKTA PELABUHAN-PELABUHAN

(PENSWASTAAN)

1990

Sebagaimana pada 1 Julai 2020

2

Tarikh Perkenan Diraja … …

…

…

…

8 Februari 1990

Tarikh penyiaran dalam Warta …

…

…

22 Februari 1990

Kali terakhir dipinda melalui

P.U. (A) 328/1999 yang mula berkuat kuasa pada

…

…

…

…

… 13 Ogos 1999

3

Akta 422

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memudahkan penswastaan pengusahaan pelabuhan mana-mana pihak berkuasa pelabuhan dan perkara yang berkaitan dengannya. [2 April 1990, P.U. (B) 198/1990] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelabuhan-Pelabuhan

(Penswastaan) 1990 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ibu”, berhubung dengan pihak berkuasa pelabuhan, ertinya

Akta yang telah menubuhkan pihak berkuasa pelabuhan itu;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(3)

Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelabuhan;

“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian III Akta ini;

“pengusahaan pelabuhan”, berhubung dengan mana-mana pihak berkuasa pelabuhan, ertinya pengusahaan pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan mengadakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan walau bagaimana perihalnya oleh pihak berkuasa pelabuhan itu yang berkaitan dengan penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuk apa-apa harta alih dan tak alih dan hak pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan kemudahan dan perkhidmatan tersebut;

“pihak berkuasa pelabuhan” ertinya pihak berkuasa pelabuhan atau suruhanjaya pelabuhan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini;

“rancangan penswastaan pelabuhan” ertinya rancangan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 5 Akta ini.

Pindaan Jadual

Menteri boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah atau meminda mana-mana peruntukan dalam Jadual.

Bahagian II

PEMINDAHAN PENGUSAHAAN PELABUHAN DAN RANCANGAN

PENSWASTAAN PELABUHAN

Pemakaian

(1)

Akta ini hendaklah terpakai bagi apa-apa pemindahan atau pelupusan oleh pihak berkuasa pelabuhan, sama ada dengan satu

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 9

transaksi atau beberapa transaksi, kesemua atau mana-mana bahagian pengusahaan pelabuhannya.

(2)

Tiada pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan boleh dipindahkan atau dilupuskan kepada mana-mana orang melainkan selaras dengan dan menurut peruntukan Akta ini.

Pemindahan pengusahaan pelabuhan

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan pihak berkuasa pelabuhan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 5, mempunyai kuasa untuk memindahkan atau melupuskan kesemua atau mana-mana bahagian pengusahaan pelabuhannya kepada mana-mana pengendali yang dilesenkan di bawah Akta ini.

Rancangan penswastaan pelabuhan

(1)

Sebelum menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4, pihak berkuasa pelabuhan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Menteri rancangan penswastaan pelabuhan untuk kelulusannya.

(2)

Rancangan penswastaan pelabuhan yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah—

(a)

mengenal pasti pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan;

(c)

menyatakan jenis dan takat liabiliti, jika ada, yang hendak dipindahkan;

(d)

menyatakan cara pengusahaan dan liabiliti tersebut hendak dipindahkan atau dilupuskan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

(e)

menyatakan perkiraan yang berhubungan dengan pemindahan pegawai dan pekhidmat yang relevan daripada pihak berkuasa pelabuhan kepada bakal pengendali;

(f)

menyatakan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(3)

Jika apa-apa perkara tidak dimasukkan ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan dan Menteri fikirkan bahawa ia hendaklah dimasukkan, Menteri boleh mengarah pihak berkuasa pelabuhan untuk menimbangkan perkara itu dan melaporkan kepada Menteri mengenai kemasukannya ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan itu.

(4)

Tiada rancangan penswastaan pelabuhan boleh dilaksanakan sehingga ia telah diluluskan oleh Menteri.

(5)

Tiap-tiap rancangan penswastaan pelabuhan hendaklah dilaksanakan di dalam bentuk yang telah diluluskan oleh Menteri.

(6)

Menteri boleh memberi kelulusan untuk sebahagian daripada rancangan penswastaan pelabuhan jika Menteri fikirkan sesuai dan

Akta ini hendaklah terpakai bagi bahagian itu sepertimana ia adalah suatu rancangan penswastaan pelabuhan.

(7)

Menteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa pelabuhan sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau atas permohonan pihak berkuasa pelabuhan, meminda mana-mana rancangan penswastaan pelabuhan yang telah diluluskan.

Pengusahaan pelabuhan untuk dipindahkan kepada pengendali berlesen

Pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan yang hendak dipindahkan kepada seseorang pengendali mengikut rancangan penswastaan pelabuhan hendaklah dipindahkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas—

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 11

(a)

rancangan penswastaan pelabuhan itu diluluskan oleh

Menteri di bawah seksyen 5;

(b)

perlaksanaan apa-apa perjanjian yang perlu di antara pihak berkuasa pelabuhan dengan pengendali; dan

(c)

pengeluaran lesen kepada pengendali di bawah subseksyen 9(3).

Liabiliti berkenaan dengan pengusahaan pelabuhan

(1)

Jika mana-mana pengusahaan pelabuhan hendak dipindahkan kepada pengendali berlesen pihak berkuasa pelabuhan hendaklah mengenal pasti liabilitinya berhubung dengan pengusahaan tersebut dalam rancangan penswastaan pelabuhan.

(2)

Liabiliti yang telah dikenal pasti itu hendaklah kekal sebagai liabiliti pihak berkuasa pelabuhan melainkan kepada takat mana-mana perjanjian bertulis yang berlawanan di antara—

(c)

orang yang kepadanya liabiliti itu tertanggung; dan

Kuasa, fungsi dan kewajipan pihak berkuasa pelabuhan

Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan, dan fungsi dan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, menjalankan fungsi kawal selia berkenaan dengan penjalanan aktiviti pelabuhan dan pengendalian kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan oleh pengendali berlesen termasuk penetapan standard prestasi mereka dan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

standard kemudahan dan perkhidmatan yang diadakan oleh mereka dan penguatkuasaannya.

Bahagian III

(1)

Tiada pengusahaan pelabuhan yang termasuk di dalam mana-mana rancangan penswastaan pelabuhan yang diluluskan boleh dipindahkan kepada atau diuruskan oleh mana-mana orang selain orang yang dilesenkan oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (3).

(2)

Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi maksud memutuskan permohonan itu dan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.

(3)

Apabila menerima permohonan yang dibuat mengikut subseksyen (2), pihak berkuasa pelabuhan boleh—

(4)

dan pembayaran apa-apa fi yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau

(4)

Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)

hendaklah menyatakan tempoh lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—

(a)

jenis perkhidmatan atau kemudahan yang akan diadakan oleh pemegang lesen;

(b)

fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 13

(c)

kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan atau kemudahan yang diadakan olehnya; dan

(d)

perkara atau syarat lain sebagaimana yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut.

(5)

Pengeluaran lesen kepada pengendali pelabuhan oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (3) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas pihak berkuasa pelabuhan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pengendali tersebut.

Penggantungan dan pembatalan lesen

(1)

Pihak berkuasa pelabuhan boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9 kerana pelanggaran apa-apa syarat lesen atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau Akta ibu atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Pengendali berlesen boleh merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan lesennya oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1).

(3)

Setiap rayuan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa pelabuhan disampaikan kepada pengendali berlesen.

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

(5)

Keputusan pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1)

hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta walau apa pun apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (2).

(6)

Jika sesuatu lesen digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa pelabuhan boleh, jika ia fikirkan bahawa penggantungan atau pembatalan tersebut akan menjejaskan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

secara material pergerakan kargo atau penumpang di pelabuhan dan dengan keizinan Menteri—

(a)

mengambil milikan sementara mana-mana pengusahaan pelabuhan;

(b)

mengendalikan mana-mana pengusahaan pelabuhan; dan

(c)

mengguna khidmat mana-mana pekhidmat atau pekerja, pengendali tersebut.

Penggunaan perkhidmatan mana-mana orang oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi tujuan menjalankan mana-mana kewajipan pengendali berlesen

(1)

Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen 10(1), jika pada hemat pihak berkuasa pelabuhan pengendali berlesen telah gagal menjalankan mana-mana kewajipannya di bawah lesen itu, pihak berkuasa pelabuhan boleh memberi notis secara bertulis kepada pengendali berlesen memintanya melaksanakan kewajipan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan di dalam notis itu.

(2)

Jika selepas tamat tempoh yang ditetapkan di dalam notis tersebut pengendali berlesen gagal menjalankan kewajipan yang disebutkan di dalamnya, pihak berkuasa pelabuhan boleh mengguna khidmat mana-mana orang lain untuk melaksanakan kewajipan tersebut dan kesemua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengannya apabila dituntut hendaklah dibayar balik dengan serta-merta oleh pengendali berlesen.

(3)

Seseorang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh memasuki mana-mana premis pengendali berlesen itu dan membawa ke dalam premis itu apa-apa kelengkapan atau jentera sebagaimana yang perlu atau wajar bagi maksud menjalankan kewajipan tersebut.

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 15

(4)

Di dalam setiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9, hendaklah, jika tidak ada apa-apa peruntukan nyata di dalamnya yang berlawanan, terdapat syarat tersirat bahawa mana-mana orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh—

(a)

mengambil milikan sementara dan mengendalikan mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan atau yang digunakan oleh pengendali berlesen; dan

(b)

mengambil kerja mana-mana pekhidmat atau pekerja pengendali berlesen.

(5)

Jika mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan pengendali berlesen diambil alih dan dikendalikan di bawah subseksyen (4), pampasan mencukupi hendaklah dibayar kepada pengendali berlesen oleh orang yang mengambil alih dan mengendalikan kelengkapan atau jentera tersebut.

(6)

Orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) hendaklah terus melaksanakan kewajipan yang baginya diguna khidmat walau apa pun pertikaian mengenai pampasan mencukupi yang dirujukkan di subseksyen (5) di atas.

(7)

Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2).

Bahagian IV

KEWAJIPAN PENGENDALI BERLESEN

Kewajipan am pengendali berlesen

(1)

Adalah menjadi kewajipan pengendali berlesen mengadakan perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan yang ditentukan di dalam lesennya kepada takat yang perlu bagi pengendali berlesen itu

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

mencapai standard prestasi yang diputuskan oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah seksyen 8.

(2)

Pengendali berlesen hendaklah memberi perhatian yang wajar terhadap kecekapan, ekonomi dan keselamatan pengendalian berkenaan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diadakan olehnya.

Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dll.

(1)

Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah—

(a)

dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tahun kewangan atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa pelabuhan menyerahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan tersebut—

(i)

satu laporan mengenai operasinya bagi tahun kewangan tersebut mengandungi maklumat yang perlu untuk membolehkan pihak berkuasa pelabuhan membuat penilaian bermaklum mengenai operasi tersebut; dan

(ii)

kunci kira-kira tahunannya yang telah diaudit, akaun untung rugi, bersama dengan apa-apa nota mengenainya dan laporan juruaudit dan pengarahnya;

dan

(i)

maklumat statistik yang berhubungan dengan operasinya sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa;

(ii)

ramalan kargonya bagi sesuatu tempoh dan dalam bentuk sebagaimana yang diputuskan oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa; dan

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 17

(iii)

rancangan pembangunan masa depan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.

(2)

Pihak berkuasa pelabuhan boleh menghendaki pengendali berlesen mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penjelasan, penghuraian, atau sebaliknya mengenai apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali tersebut di bawah subseksyen (1) dan maklumat tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh dan cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Pengendali berlesen hendaklah memberitahu pihak berkuasa pelabuhan mengenai perkara tertentu

(1)

Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen untuk sentiasa memaklumkan kepada pihak berkuasa pelabuhan dengan serta-merta mengenai perkara berikut:

(a)

apa-apa pertukaran penguasaan ke atas pengendali berlesen;

(b)

apa-apa pertikaian perindustrian di antara pengendali berlesen dengan pekerjanya;

(c)

apa-apa kemalangan atau kecelakaan perindustrian yang melibatkan mana-mana pekhidmat, pekerja atau agen pengendali berlesen;

(e)

apa-apa kecurian atau curidikit di dalam premisnya atau yang melibatkan mana-mana kargo dalam milikan atau kawalannya; dan

(f)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan oleh atau dibuat terhadap pengendali berlesen yang boleh

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

menjejaskan kemampuannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), ungkapan “penguasaan”

berhubung dengan seseorang pengendali berlesen bermakna kuasa untuk mengarah pengurusan dan polisi pengendali berlesen.

Bahagian V

UNDANG-UNDANG KECIL, PENALTI AM, KESALAHAN OLEH

PERTUBUHAN PERBADANAN DAN PENJALANAN PENDAKWAAN

Undang-undang kecil

(1)

Pihak berkuasa pelabuhan boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa, membuat undang-undang kecil sebagaimana yang perlu atau bermanfaat bagi menjalankan atau mencapai objek dan maksud peruntukan Akta ini.

(1)

, undang-undang kecil boleh dibuat—

(a)

untuk mengadakan kawalan oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengan mana-mana projek bagi kemajuan dan pembangunan kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan;

(b)

untuk mengawal selia penggunaan selamat limbungan, dermaga, pengkalan, pelantar, gudang, bangsal dan premis yang diletak hak kepada atau di bawah kawalan mana-mana orang yang menjalankan mana-mana operasi pelabuhan atau yang mengadakan apa-apa kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan;

(c)

untuk menjaga kebersihan lembangan, kerja dan premis di dalam had kawasan pelabuhan dan untuk mencegah pencemaran air di dalamnya;

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 19

(d)

untuk keselamatan orang yang bekerja di pelabuhan dan atas kapal atau vesel yang menggunakan pelabuhan;

(e)

untuk mencegah kacau ganggu dan penyalahgunaan premis di dalam kawasan pelabuhan;

(f)

untuk pengkelasan dan mengawal selia pengangkutan memuat dan memunggah barang-barang bahaya oleh mana-mana pengendali berlesen;

(g)

secara am untuk memberi kesan kepada peruntukan Akta ini.

Penalti am

Mana-mana pengendali berlesen yang melanggar atau gagal mematuhi apa-apa syarat lesen atau peruntukan Akta ini atau Akta ibu atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Jika kesalahan di bawah Akta ini, Akta ibu atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang kesalahan itu dilakukan sebagaimana dia patut menjalankannya setelah mengambil kira keadaan tugasnya dalam kedudukan tersebut dan segala hal keadaan itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

Penjalanan pendakwaan

Pendakwaan mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang diberi kuasa secara khusus bagi pihaknya oleh pengerusi pihak berkuasa pelabuhan.

Bahagian VI

Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja pegawai dan pekhidmat tertentu pihak berkuasa pelabuhan

(1)

Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja mana-mana pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang, setelah diberi opsyen oleh pihak berkuasa pelabuhan, memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja kepada pengendali tersebut, menurut apa-apa perkiraan sebagaimana yang diperuntukkan oleh rancangan penswastaan pelabuhan yang diluluskan.

(2)

Seksyen 13 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1980 [Akta 239] hendaklah terpakai kepada pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang diambil kerja oleh mana-mana pengendali berlesen menurut rancangan penswastaan yang diluluskan seolah-olah pegawai atau pekhidmat tersebut telah dilantik dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dengan sebuah organisasi selaras dengan seksyen tersebut.

Pengenaan dan perubahan caj oleh pengendali berlesen

(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan di dalam Akta ibu atau mana-mana undang-undang bertulis lain, pengendali berlesen boleh, berhubung dengan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang diadakan olehnya menurut syarat lesen melevi caj sebagaimana yang

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 21

ditentukan di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ibu dan berkenaan dengannya—

(a)

memberi diskaun pada kadar sebagaimana yang difikirkannya patut;

(b)

mengenakan faedah ke atas apa-apa jumlah yang tertanggung;

(c)

dalam hal kemudahan atau perkhidmatan pakej yang diadakan olehnya, melevi caj yang lebih tinggi yang tidak melebihi peratus caj yang ditetapkan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(2)

Jika, berkenaan dengan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang diadakan oleh pengendali berlesen, tiada caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil, pengendali berlesen itu hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, berhak melevi caj pada kadar yang diluluskan secara bertulis oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini,

“kemudahan pakej”

atau

“perkhidmatan pakej” bermakna gabungan dua atau lebih kemudahan atau perkhidmatan yang caj mengenainya telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil.

Kuasa pemeriksaan

Pihak berkuasa pelabuhan boleh bagi maksud Akta ini atau Akta ibu atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh pengendali berlesen untuk memeriksa keadaan premis tersebut atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

Kuasa khas pada masa darurat

(1)

Perdana Menteri boleh, apabila berlaku apa-apa kekacauan perindustrian, mogok atau apa-apa sekat masuk yang menimbulkan keadaan darurat, atau atas kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk—

(a)

menggantung lesen, mengambil milikan sementara dan mengendali mana-mana pengusahaan pengendali berlesen dengan cara sebagaimana yang disifatkannya patut; atau

(b)

menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kelas orang atau daripada mana-mana orang awam.

(2)

Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai wujudnya darurat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah atas kepentingan keselamatan awam, satu sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di mana-mana tempat yang

Menteri sifatkan sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.

(3)

Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana pengusahaan pelabuhan di bawah perenggan (1)(a) pampasan mencukupi hendaklah dibayar.

Bahagian VII

PINDAAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN

Pindaan berbangkit kepada Akta ibu

(1)

Akta ibu dipinda dengan cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4).

(2)

Seksyen 16A Akta Pihak Berkuasa-Pihak berkuasa Pelabuhan 1963 [Akta 488] dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 23

perkataan “this Act” dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “or the

Ports (Privatisation) Act 1989”.

(3)

Seksyen 33A Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955

[Akta 140] dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “this Act”

dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “or the Ports (Privatisation) Act 1989”.

(4)

Seksyen 27A Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu 1981

[Akta 243] dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini”

dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “atau Akta Pelabuhan-Pelabuhan

(Penswastaan) 1989, yang bersesuaian,”.

Peruntukan peralihan

Mana-mana lesen yang telah dikeluarkan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana Akta ibu bagi maksud membolehkan orang itu mengambil alih atau mengendali apa-apa pengusahaan sesuatu pihak berkuasa pelabuhan dan masih berkuat kuasa pada tarikh mula kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan hendaklah terus menjadi sah sehingga ia dibatalkan di bawah Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi orang itu seolah-olah dia adalah pengendali berlesen.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 422

JADUAL

[Seksyen 2]

(1)

Pelabuhan

(2)

Pihak Berkuasa

Pelabuhan

(3)

Akta Ibu

Pelabuhan

Pulau

Pinang

Suruhanjaya Pelabuhan

Pulau Pinang

Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau

Pinang 1955

Pelabuhan Kelang

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Kelang

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

Pelabuhan Kuantan

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Kuantan

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

Pelabuhan

Pasir

Gudang

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Johor

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

Pelabuhan Bintulu

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Bintulu

Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan

Bintulu 1981

Pelabuhan Melaka

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Melaka

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

Pelabuhan Kemaman

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan Kemaman

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

Pelabuhan

Tanjung

Pelepas

Pihak

Berkuasa

Pelabuhan

Johor

(Tanjung Pelepas)

Akta

Pihak-Pihak

Berkuasa

Pelabuhan 1963

25

Akta 422

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A934

Akta

Pelabuhan-Pelabuhan

(Penswastaan) (Pindaan) 1995

10-11-1995

P.U. (A) 442/1999

Perintah

Pelabuhan-Pelabuhan

(Penswastaan) (Pindaan Jadual)

1990

11-11-1995

P.U. (A) 517/1996

Perintah

Pelabuhan-Pelabuhan

(Penswastaan)

(Pelabuhan

Kemaman) 1996

18-10-1996

P.U. (A) 328/1999

Perintah

Pelabuhan-Pelabuhan

(Pelabuhan Tanjung Pelepas)

1999 13-08-1999

26

Akta 422

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2A

Akta A934

10-11-1995

Jadual

P.U. (A) 442/1999 11-11-1995

P.U. (A) 517/1996 18-10-1996

P.U. (A) 328/1999 13-08-1999

Common questions

What is Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990?
Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 is Malaysia Act, cited as Act 422 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Is Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 still in force?
Yes — Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 is currently in force.
When did Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 take effect?
Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 was first recorded in 1990.
How many sections does Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 have?
Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 contains 25 sections.
Where can I read the official version of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990?
The official text of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan)… (No. 422) | mylaw.my