Skip to content

Seksyen 25

Pengeluaran instrumen pembayaran yang ditetapkan

of Akta 627

ActRepealedProvision 25 of 77
Seksyen 25
(1)

Tiada seorang pun boleh mengeluarkan sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan melainkan jika dia telah—

(a)

mengemukakan kepada Bank dokumen dan maklumat sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bank;

(b)

membayar fi yang ditetapkan oleh Bank; dan

(c)

mendapat kelulusan bertulis daripada Bank untuk mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan.

(2)

Bank boleh semasa memberikan kelulusannya—

(a)

menghendaki semua atau mana-mana dokumen yang dikemukakan diubahsuaikan dan dipinda sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan

(b)

mengenakan apa-apa sekatan, batasan atau syarat yang difikirkannya sesuai.