Skip to content

Seksyen 29

Perubahan kepada instrumen pembayaran yang ditetapkan

of Akta 627

ActRepealedProvision 29 of 77
Seksyen 29
(1)

Jika Bank telah menetapkan dokumen dan maklumat di bawah subseksyen (2), seseorang pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank butir-butir mengenai apa-apa cadangan perubahan kepada dokumen atau maklumat itu dalam masa tiga puluh hari sebelum perubahan sedemikian dibuat.

(2)

Bank, dalam menetapkan dokumen dan maklumat yang hendaklah dikemukakan di bawah subseksyen 25(1), boleh juga menetapkan dokumen dan maklumat yang baginya subseksyen (1) terpakai.

(3)

Jika tampak kepada Bank bahawa perubahan itu tidak sesuai, Bank boleh, sebelum tamat tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

melarang pengeluar itu membuat perubahan itu; atau

(b)

menghendaki pengeluar itu membuat apa-apa perubahan lain yang ditentukan oleh Bank.

Sistem Pembayaran