Seksyen 6
Penetapan sistem pembayaran
of Akta 627
ActRepealedProvision 6 of 77
Seksyen 6
(1)
Bank boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan sesuatu sistem pembayaran sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan jika Bank berpendapat bahawa—
(a)
sistem pembayaran itu menimbulkan risiko sistemik; atau
(b)
penetapan itu perlu untuk melindungi kepentingan orang ramai.
(2)
Bank boleh, dalam menimbangkan sama ada untuk menetapkan sesuatu sistem pembayaran sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), memeriksa premis, kelengkapan, mesin, perkakas, buku atau dokumen lain, atau akaun dan transaksi yang berhubungan dengan sistem pembayaran itu, setelah memberikan notis bertulis kepada pengendali.