Seksyen 8
Kuasa untuk membatalkan penetapan
of Akta 627
ActRepealedProvision 8 of 77
Seksyen 8
(1)
Bank boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan penetapan sesuatu sistem pembayaran jika Bank berpendapat bahawa—
(a)
sistem pembayaran yang ditetapkan itu tidak lagi menimbulkan apa-apa risiko sistemik; atau
(b)
tidaklah lagi untuk kepentingan orang ramai sistem itu ditetapkan.
(2)
Bank hendaklah memberi pengendali suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk membatalkan penetapan itu.