Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Agensi” ertinya Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
12
Undang-Undang Malaysia
“akreditasi” ertinya suatu pengiktirafan yang diberikan oleh
Agensi selepas memeriksa dan menilai—
sesuatu program atau kelayakan pendidikan tinggi; atau
sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah Bab 4 atau 7
Bahagian VIII, yang mengikut Kerangka;
“akreditasi sementara” ertinya akreditasi sementara yang diberikan di bawah seksyen 39;
“audit institusi” ertinya penilaian sesuatu institusi, untuk menentukan sama ada institusi itu mencapai misi dan matlamatnya, untuk mengenal pasti kekukuhan dan bidang yang wajar diberi perhatian dan untuk meningkatkan kualiti, yang dijalankan mengikut peruntukan seksyen 80;
“badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan, di dalam atau di luar Malaysia, yang dinyatakan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, yang mengesahkan bahawa seseorang pelajar telah mencapai hasil pembelajaran;
“badan profesional” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia suatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;
“beban akademik” ertinya ukuran kuantitatif aktiviti pembelajaran yang termasuklah syarahan, tutorial, seminar, kerja amali, kerja luar, pembelajaran sendiri dan peperiksaan untuk mencapai suatu set hasil pembelajaran;
“Daftar” ertinya Daftar Kelayakan Malaysia yang diadakan dan disenggarakan oleh Agensi di bawah seksyen 81;
“diploma” ertinya diploma yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma itu atau yang setaraf dengannya;
Agensi Kelayakan Malaysia 13
“diploma lanjutan” ertinya diploma lanjutan yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma lanjutan itu atau yang setaraf dengannya;
“hari yang ditetapkan” ertinya hari Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuat kuasa;
“hasil pembelajaran” ertinya standard yang hendak dicapai melalui pendidikan atau program latihan kemahiran atau kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerangka;
“ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang di peringkat Sarjana Muda, atau di peringkat Sarjana atau di peringkat Kedoktoran sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya;
“kelayakan pendidikan tinggi” ertinya sijil, diploma, diploma lanjutan atau ijazah atau yang setaraf dengannya dan termasuklah mana-mana kelayakan lain yang ditentukan dalam Kerangka;
“Kerangka” ertinya Kerangka Kelayakan Malaysia yang disebut di bawah seksyen 35;
“kredit” ertinya ukuran representatif untuk mencerminkan beban akademik;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Agensi Kelayakan
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“kursus pengajian” ertinya suatu kursus atau set kursus yang berkaitan dan termasuklah kursus jangka pendek atau jangka panjang yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi;
“latihan kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap;
14
Undang-Undang Malaysia
“Majlis” ertinya Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 85;
“pemberi pendidikan tinggi” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pemberi pendidikan tinggi awam atau swasta, badan peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya;
“pemindahan kredit” ertinya pengiktirafan kredit yang diperoleh dalam program diakredit bagi maksud memindahkan kepada program diakredit yang lain;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a);
“penyedia latihan kemahiran” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program latihan kemahiran yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi;
“program” ertinya apa-apa penyusunan sesuatu kursus pengajian yang distrukturkan atau dirancang supaya mencapai hasil pembelajaran yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi;
“program atau kelayakan diakredit” ertinya program atau kelayakan yang diakredit di bawah Bahagian VIII;
“program atau kelayakan luar negeri” ertinya suatu program yang membawa kepada kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri atau apa-apa kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri;
Agensi Kelayakan Malaysia 15
“program pendidikan tinggi” ertinya program yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi;
“sijil” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil itu atau yang setaraf dengannya;
“swaakreditasi” ertinya suatu pengiktirafan rasmi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi dalam bentuk perakuan yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah subseksyen 61(2);
“wakil cawangan badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mewakili sesuatu badan peperiksaan atau pensijilan.
Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa apa-apa akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu pengiktirafan program atau kelayakan pendidikan tinggi, atau pemberi pendidikan tinggi, bagi maksud kelayakan untuk menjalankan amalan sebagai seorang profesional dalam mana-mana badan profesional.
Bahagian II
Agensi Kelayakan Malaysia
Bahagian III
Majlis Agensi Kelayakan Malaysia
Bahagian IV
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja
Bahagian V
Peruntukan Kewangan
Bahagian VI
Kerangka Kelayakan Malaysia
Bahagian VII
Akreditasi Sementara
Bahagian VIII
Akreditasi
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bahagian IX
Penilaian Kelayakan Lain
Bahagian X
Audit Institusi
Bahagian XI
Daftar Kelayakan Malaysia
Bahagian XII
Rayuan
Bab
Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k
Bahagian XIII
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV