Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bab 7

74. Permohonan bagi akreditasi

(1)

Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi pengakreditan kriteria dan tatacara bagi pengiktirafan pembelajaran terdahulu seseorang dan bagi pemindahan kredit antara program diakredit atau kelayakan diakredit hendaklah dibuat kepada Agensi mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

58

Undang-Undang Malaysia

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara pengalaman, pembelajaran dan pemindahan kredit yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi di bawah subseksyen (1) dan sebelum memutuskannya,

Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

(6)

Bagi maksud Bab ini, “pembelajaran terdahulu” ertinya pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh terdahulu dan termasuklah pengalaman terdahulu.

Report

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules