Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab 2
50. Permohonan bagi akreditasi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi pengakreditan program profesional atau kelayakan profesional tempatan atau luar negerinya yang mematuhi Kerangka hendaklah dibuat kepada Agensi dalam masa yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan.
Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program profesional atau kelayakan profesional yang berlainan.
Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi, setelah berunding dengan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 51, boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.
Agensi hendaklah merujukkan permohonan di bawah seksyen ini kepada Jawatankuasa Teknikal Bersama yang kemudiannya hendaklah membuat syor kepada badan profesional yang berkenaan di bawah subseksyen 52(1) bagi maksud akreditasi.
Agensi Kelayakan Malaysia 41
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bahagian IX
Penilaian Kelayakan Lain
Bahagian X
Audit Institusi
Bahagian XI
Daftar Kelayakan Malaysia
Bahagian XII
Rayuan
Bab
Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k
Bahagian XIII
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV