Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kerangka Kelayakan Malaysia

35. Kerangka

(1)

Agensi hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan suatu Kerangka kebangsaan yang hendaklah dikenali sebagai

“Kerangka Kelayakan Malaysia”, yang terdiri daripada kelayakan, program dan pemberi pendidikan tinggi yang berasaskan suatu set kriteria dan standard, termasuk hasil pembelajaran yang dicapai dan kredit yang berasaskan beban akademik pelajar.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Agensi boleh bagi maksud subseksyen (1) dari semasa ke semasa, meminda Kerangka dan boleh berusaha sama, bekerjasama dan menyelaras dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan peperiksaan atau pensijilan dan majikan dan dalam hal program profesional, kelayakan profesional dan pemberi pendidikan tinggi, Kerangka hendaklah dipinda mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan.

(3)

Bahagian Kerangka yang dipinda di bawah subseksyen (2)

tidak boleh dilaksanakan melainkan jika kelulusan Majlis diperoleh.

(4)

Menteri boleh mengarahkan mana-mana bahagian Kerangka tidak boleh dipinda atau diubah.

32

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VII

Akreditasi Sementara

Bahagian VIII

Akreditasi

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules