Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab 6
72. Pendaftaran program atau kelayakan diakredit kampus cawangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika suatu program atau kelayakan telah diakredit di bawah
Akta ini dan pemberi pendidikan tinggi berniat untuk menjalankan suatu program yang serupa atau menganugerahkan suatu kelayakan yang serupa di suatu kampus cawangan, pemberi pendidikan tinggi boleh memohon pendaftaran dalam Daftar, program atau kelayakan yang hendak dijalankan di kampus cawangan itu.
Permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
56
Undang-Undang Malaysia
Selepas menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, selepas mendapat kelulusan badan profesional yang berkenaan terlebih dahulu, Agensi boleh—
mendaftarkan program atau kelayakan itu; atau
enggan untuk mendaftarkan program atau kelayakan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Dalam menimbangkan permohonan itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh menjalankan suatu audit institusi ke atas kampus cawangan.
Selepas mendaftarkan program atau kelayakan dalam Daftar,
Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program diakredit itu hendak dijalankan atau dimajukan.
Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.
Bagi maksud seksyen ini, “kampus cawangan” ertinya suatu cawangan pemberi pendidikan tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Bab 7
Bahagian IX
Penilaian Kelayakan Lain
Bahagian X
Audit Institusi
Bahagian XI
Daftar Kelayakan Malaysia
Bahagian XII
Rayuan
Bab
Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k
Bahagian XIII
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV