Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab 1
45. Permohonan bagi akreditasi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi akreditasi program atau kelayakannya yang mematuhi Kerangka selain program atau kelayakan di bawah Bab 2, 4 dan 5, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.
Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program atau kelayakan yang berlainan.
Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.
38
Undang-Undang Malaysia
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bahagian IX
Penilaian Kelayakan Lain
Bahagian X
Audit Institusi
Bahagian XI
Daftar Kelayakan Malaysia
Bahagian XII
Rayuan
Bab
Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k
Bahagian XIII
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV