Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bahagian VII · Akreditasi Sementara

42. Pembatalan akreditasi sementara

(1)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi sementara jika pemberi pendidikan tinggi telah melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi sementara.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati, dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara itu.

36

Undang-Undang Malaysia

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara.

(6)

Pembatalan perakuan akreditasi sementara tidaklah menghalang pemberi pendidikan tinggi daripada mengemukakan permohonan baru.

(7)

Jika perakuan akreditasi sementara dibatalkan di bawah seksyen ini, Agensi hendaklah memberikan notis kepada pihak berkuasa atau badan profesional yang berkenaan memberitahu tentang pembatalan itu termasuk apa-apa syor yang perlu.

Report

Bahagian VIII

Akreditasi

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules