Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bab 2

55. Pembatalan akreditasi

(1)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, badan profesional yang berkenaan boleh, atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama pada bila-bila masa, menarik balik kelulusan akreditasi yang telah diberikan kepada sesuatu pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 52(1)(a) dan Agensi hendaklah membatalkan perakuan akreditasi—

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang kerananya akreditasi diluluskan.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk menarik balik kelulusan dan untuk membatalkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh Agensi, atas arahan badan profesional yang berkenaan, kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penarikan balik dan pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, badan profesional yang berkenaan atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga badan profesional yang berkenaan berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menarik balik kelulusan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh, atas keputusan badan profesional yang berkenaan, meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

44

Undang-Undang Malaysia

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Report

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules