Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bab 4

64. Pembatalan status swaakreditasi atau pembatalan pendaftaran

(1)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan status swaakreditasi yang dikeluarkan kepada pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi di bawah subseksyen 61(2) jika pemberi pendidikan tinggi melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 49

(2)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan yang didaftarkan di bawah subseksyen 62(2) jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi gagal untuk mematuhi kehendak program atau kelayakan berdaftar di bawah subseksyen itu.

(3)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi atau membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (3).

(5)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan selepas menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan tindakan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dicadangkan.

(6)

Jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (5)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Jika perakuan swaakreditasi telah dibatalkan atau mana-mana program atau kelayakan telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

50

Undang-Undang Malaysia

Report

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules