Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 · Updated to 1 Sep 2024 · Bahagian II · Permintaan Oleh Malaysia
12. Batasan atas penggunaan pernyataan
Feedback & supportJika seseorang berada di Malaysia menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah seksyen 9 dan orang itu telah membuat suatu pernyataan berhubung dengan perkara jenayah yang berhubungan dengan permintaan itu atau berhubung dengan suatu perkara jenayah yang diperakui oleh Peguam Negara di bawah subperenggan 11(2)(b)(ii), pernyataan itu—
tidak boleh diterima atau selainnya digunakan dalam mana-mana pendakwaan orang itu atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia (selain bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berhubung dengan pemberian keterangan itu) melainkan jika pihak
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
berkuasa yang berkenaan Negara asing itu mengizinkan penggunaannya sedemikian; dan
boleh diterima atau digunakan terhadapnya dalam mana-mana prosiding jenayah di Malaysia—
bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya; atau
sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu, yang mengenainya keterangan lisan secara langsung olehnya boleh diterima, jika dalam memberikan keterangan itu dia membuat pernyataan yang tidak selaras dengan pernyataan itu.