Skip to content

Seksyen 9

Permintaan bagi kehadiran orang di Malaysia

of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002

ActIn forceProvision 9 of 45
Seksyen 9
(1)

Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing membantu dalam membuat perkiraan bagi kehadiran di Malaysia seseorang di Negara asing itu bagi maksud memberikan apa-apa keterangan atau bantuan jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu berupaya memberikan keterangan atau

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

bantuan itu yang berkaitan dengan perkara jenayah yang melibatkan suatu kesalahan berat; dan

(b)

orang itu bersetuju untuk datang ke Malaysia bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan itu.

(2)

Peguam Negara boleh membuat perkiraan dengan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu bagi maksud kehadiran orang itu di Malaysia, kepulangan orang itu ke Negara asing itu dan perkara lain yang berkaitan.