Skip to content

Seksyen 13

Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan

of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002

ActIn forceProvision 13 of 45
Seksyen 13
(1)

Peguam Negara boleh, jika dia berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sebahagian daripada atau segala harta atau peralatan berkenaan berada di sesuatu

Negara asing, meminta pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu membuat perkiraan—

(a)

bagi penguatkuasaan dan penunaian sesuatu perintah pelucuthakan; atau

(b)

jika suatu perintah pelucuthakan boleh dibuat di Malaysia untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan yang terhadapnya perintah itu boleh dikuatkuasakan atau yang ada untuk menunaikan perintah itu.

(2)

Sesuatu perakuan yang dikatakan telah dikeluarkan oleh atau bagi pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang menyatakan—

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 23

(a)

bahawa harta atau peralatan telah didapatkan di Negara asing itu menurut suatu permintaan di bawah subseksyen (1);

(b)

nilai harta atau peralatan itu; atau

(c)

tarikh harta atau peralatan itu didapatkan, hendaklah, dalam mana-mana prosiding kehakiman, boleh diterima sebagai keterangan mengenai perkara yang dinyatakan itu.