Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2024Read it in English

Bahagian II · Permintaan Oleh Malaysia

7. Permintaan dibuat oleh atau melalui Peguam Negara

Feedback & support
(1)

Sesuatu permintaan oleh Malaysia kepada sesuatu Negara asing bagi bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat oleh atau melalui Peguam Negara.

(2)

Sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui saluran diplomatik, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Negara asing itu.

Report

Bahagian III

Permintaan Kepada Malaysia

Bahagian IV

Pelbagai