Seksyen 14
Bantuan dalam mencari atau mengenal pasti orang
of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
ActIn forceProvision 14 of 45
Seksyen 14
Jika Peguam Negara berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat, di mana-mana
Negara asing, seseorang yang—
(a)
adalah atau mungkin terlibat dengan atau terjejas oleh; atau
(b)
dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan, apa-apa perkara jenayah di Malaysia, Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu membantu dalam mencari, atau, jika identiti orang itu tidak dikenali, dalam mengenal pasti dan mencari, orang itu.