Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 · Updated to 1 Sep 2024 · Bahagian II · Permintaan Oleh Malaysia
15. Section 15
Feedback & support(1)
Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing membantu dalam melaksanakan penyampaian apa-apa proses jika Peguam Negara berpuas hati bahawa bagi maksud atau berkaitan dengan apa-apa perkara jenayah di Malaysia, adalah perlu atau wajar disampaikan proses itu kepada seseorang itu atau sesuatu pihak berkuasa di Negara asing itu.
(2)
Seksyen ini tidaklah menjejaskan
Akta
(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 [Akta 25].
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 621