Skip to content

Seksyen 29

Perjanjian khas mengenai bekalan

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 30 of 57
Seksyen 29
(1)

Wa1au apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 24 hingga 28, seseorang atau seseorang pemegang lesen yang menghendaki bekalan elektrik menurut subseksyen 24(1)

boleh membuat suatu perjanjian khas dengan pemegang lesen bagi bekalan itu atas apa-apa terma sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian.

(2)

Jika apa-apa perjanjian yang dibuat menurut subseksyen (1)

masih berkuat kuasa, hak dan liabiliti pihak-pihak kepada perjanjian itu hendaklah ditentukan oleh perjanjian dan tidak melalui peruntukan seksyen 24 hingga 28.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), subseksyen 24(2)

hendaklah, walau bagaimanapun, terpakai bagi maksud menyatakan hari yang bekalan elektrik itu dikehendaki dimulakan dan hari yang perjanjian sedemikian berhenti berkuat kuasa.

(4)

Apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemegang lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 447