Skip to content

Seksyen 31

Pemastian harga maksimum bagi penjualan semula elektrik

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 32 of 57
Seksyen 31
(1)

Seksyen ini terpakai bagi elektrik yang dibekalkan pada premis oleh seseorang yang dibenarkan oleh suatu lesen untuk membekalkan elektrik.

(2)

Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa memastikan harga maksimum yang dengannya elektrik di bawah seksyen ini boleh dijual semula dan boleh menyiarkan harga yang dipastikan sedemikian mengikut apa-apa cara sebagaimana yang pada pendapat

Suruhanjaya dapat menjamin publisiti yang mencukupi untuknya.

(3)

Harga berlainan boleh dipastikan bagi hal-hal berlainan yang boleh ditentukan melalui rujukan kepada kawasan, tarif atau apa-apa faktor relevan lain.

(4)

Jika mana-mana orang menjual semula elektrik pada harga yang melebihi harga maksimum yang dipastikan di bawah seksyen ini, amaun lebih itu hendaklah didapatkan kembali oleh orang yang kepadanya elektrik itu dijual semula.