Seksyen 27
Kuasa mendapatkan kembali perbelanjaan
Jika apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik diadakan oleh pemegang lesen menurut subseksyen 24(1), pemegang lesen boleh menghendaki apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya dibayar oleh orang yang menghendaki bekalan elektrik pada apa-apa takat yang munasabah dengan mengambil kira hal keadaan.
(2)
Perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah dalam mengadakan apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik di bawah subseksyen (1) termasuklah nilai dipermodalkan bagi apa-apa perbelanjaan yang mungkin dilakukan dalam menyenggarakannya, jika perbelanjaan itu tidak boleh didapatkan kembali oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada tarif yang dilevikan olehnya bagi bekalan itu.