Skip to content

Seksyen 63

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 75 of 84

Seksyen 63

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini oleh Ketua

66

Undang-Undang Malaysia

Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua

Pengarah adalah disahkan dengan secukupnya jika nama dan jawatan

Ketua Pengarah dicetak, dicap atau selainnya ditulis atasnya.

(2)

Jika Akta ini memperuntukkan bagi suatu notis atau apa-apa dokumen lain ditandatangani sendiri oleh mana-mana pegawai kastam, notis atau dokumen lain itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai kastam itu.

(3)

Suatu notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa oleh

Ketua Pengarah hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah ditandatangani sedemikian.