Skip to content

Seksyen 69

Pengarah

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 81 of 84
Seksyen 69
(1)

Jika seseorang penerima dilantik bagi harta seseorang pengendali yang berdaftar di bawah seksyen 12 atau seseorang pemberi perkhidmatan platform digital yang berdaftar di bawah seksyen 20D, penerima itu hendaklah memberikan notis tentangnya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset pengendali itu atau pemberi perkhidmatan platform digital mengasingkan suatu jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai pelancongan yang adalah atau akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan penginapan yang telah disediakan oleh pengendali itu atau pemberi perkhidmatan platform digital sebelum pelantikan penerima itu, dan hendaklah membayar cukai pelancongan itu.

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai penerima yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai pelancongan yang dikehendaki

Cukai Pelancongan 69

di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai pelancongan yang adalah atau menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.

(3)

Mana-mana penerima yang gagal mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada seseorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak pencaruman antara mereka bagi hal kontrak.