Seksyen 65
Penjalanan urusan bagi pihak pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa urusan berhubung dengan Akta ini bagi pihak seseorang pengendali pemberi perkhidmatan platform digital, kecuali tentang perkara yang berkaitan dengan—
(a)
pembayaran balik;
(b)
peremitan;
(c)
pengecualian; atau
(d)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Orang yang menjalankan urusan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi pihak seseorang pengendali pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah—
Cukai Pelancongan 67
(a)
mengemukakan surat kebenaran daripada pengendali pemberi perkhidmatan platform digital yang diwakilinya;
dan
(b)
mengemukakan apa-apa benda dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah seperti yang dikehendaki supaya diserahkan bagi maksud perkara yang dijalankan.