Skip to content

Seksyen 68

of Akta Cukai Pelancongan 2017

ActIn forceProvision 80 of 84

Seksyen 68

(1)

Jika selepas Akta ini diluluskan suatu ketetapan yang berkuat kuasa diluluskan atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan suatu syarikat yang berdaftar di bawah seksyen 12, penyelesai syarikat itu hendaklah memberikan notis berkenaan dengannya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu diluluskan atau perintah itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu mengasingkan suatu jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai pelancongan yang adalah atau akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan penginapan yang telah disediakan oleh syarikat itu, dan hendaklah membayar cukai pelancongan itu.

(2)

Seseorang penyelesai bagi mana-mana syarikat itu yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan

68

Undang-Undang Malaysia bagi pembayaran cukai pelancongan yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai pelancongan yang adalah atau menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.

(3)

Mana-mana penyelesai yang gagal mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penyelesai atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan mana-mana syarikat itu, obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada seseorang penyelesai di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak pencaruman antara mereka bagi hal kontrak.

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua