Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian X · Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan
106. Section 106
Feedback & supportJika Pesuruhjaya mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau kaedah yang dibuat di bawahnya dia boleh membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya suaimanfaat bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan pada menjalankan penyiasatan itu dia hendaklah mematuhi dengan seberapa hampir yang mungkin prosedurprosedur yang ditetapkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah berhubungan dengan penyiasatan polis.
Bagi maksud-maksud menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian ini, Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Suruhaŋjaya hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai polis.