Akta Dagangan Komoditi 1985 · As enacted · Bahagian X · Bahagian X Penguatkuasaan dan Penyiasatan
107. Section 107
Feedback & supportJika ternyata kepada Menteri bahawa adalah menjadi kepentingan negara atau kepentingan awam untuk menjalankan penyiasatan tentang apa-apa perkara berhubungan dengan perdagangan kontrakkontrak hadapan komoditi, Menteri itu boleh, melalui suratcara bertulis, mengarah Pesuruhjaya untuk mengaturkan suatu penyiasatan mengenai perkara itu.
Suratcara arahan itu—
hendaklah menyatakan perkara-perkara yang hendak disiasat; dan
boleh meminta supaya penyiasatan itu dijalankan oleh Pesuruhjaya atau oleh mana-mana orang yang dilantik oleh Pesuruhjaya.
Apabila Pesuruhjaya menerima suatu arahan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam arahan itu dan hendaklah melaporkan kepada Menteri hasil-hasil penyiasatannya itu.
Bagi maksud seksyen ini, "akaun-akaun bank" adalah termasuk akaun-akaun yang dikendalikan oleh seorang peniaga untuk kelayan-kelayannya.