Skip to content

Seksyen 108

of Akta Dagangan Komoditi 1985

ActRepealedProvision 109 of 142

Seksyen 108

(1)

Pesuruhjaya boleh dengan terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Bank Negara, melalui notis bertulis meminta Pengurus mana-mana bank supaya memberi kepadanya maklumat mengenai akaunakaun bank atau transaksi-transaksi bank mana-mana peniaga atau mana-mana orang yang berdagang kontrak hadapan komoditi, sekiranya Pesuruhjaya berpendapat bahawa maklumat itu mungkin mendedahkan buktibukti berlakunya apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.