Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian IV · Pengilangan Barang-Barang Berduti

21. Section 21

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (4) dan kepada subseksyen 20(2), tiada seorang pun selain pengilang berlesen di bawah subseksyen 20(1)

atau seseorang yang dikecualikan di bawah seksyen 22 boleh dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain untuk menyuling, menapai atau mengilang barang-barang berduti, atau apa-apa mesin kendalian kuasa bagi mengilang tembakau atau apa-apa bahagian atau alat tambah mesin itu.

(2)

Tiada seorang pun selain seorang pengilang berlesen dalam produk tembakau atau seseorang yang dikecualikan di bawah subseksyen 20(2) boleh dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa mesin kendalian tangan untuk mengilang tembakau atau apa-apa bahagian atau alat tambah mesin itu.

(3)

Pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau premis di mana didapati ada apa-apa alat penyulingan, kelengkapan atau lain-lain perkakas untuk menyuling atau menapai atau pun mengilang apa-apa barang-barang berduti atau apa-apa mesin kendalian kuasa atau kendalian tangan untuk pengilangan tembakau hendaklah tiap-tiap seorang disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain atau mesin kendalian kuasa atau mesin kendalian tangan untuk pengilangan tembakau, mengikut mana yang berkenaan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dipakai bagi sesuatu alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain untuk menyuling, menapai atau pun mengilang barang-barang berduti, atau bagi apa-apa mesin kendalian kuasa untuk mengilang tembakau, atau bagi sesuatu bahagian atau alat tambah mesin itu—

(a)

yang dipegang sebagai barang niaga oleh seseorang peniaga bona fide perkakas atau jentera itu;

(b)

yang dengan kelulusan Ketua Pengarah, berada dalam milik seseorang yang membina suatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti, atau yang

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

berada dalam milik mana-mana orang yang menduduki sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain yang berkenaan dengannya sesuatu lesen di bawah subseksyen 20(1) telah dahulunya berkuat kuasa dan telah dengan kelulusan Ketua Pengarah diserahkan balik, digantung atau tidak diperbaharui oleh sebab terhentinya kendalian yang baginya tempat pengilangan itu telah dilesen.

Report

Bahagian V

Penyimpanan Barang-Barang Berduti

Bahagian VI

Petroleum dan Keluaran Petroleum

Bahagian VII

Pelesenan

Bahagian VIII

Todi

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai

Bahagian X

Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules