Skip to content

Seksyen 23B

Pengarah

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 46 of 190
Seksyen 23B
(1)

Jika seorang penerima dilantik bagi harta syarikat yang kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan atau pengimport, maka penerima itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada

Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan barang-barang berduti yang telah dijual oleh syarikat itu sebelum perlantikan penerima itu, dan hendaklah membayar duti eksais itu.

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai penerima yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.

(2A)

Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (1A) adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2B)

Seseorang penerima hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud mengira semua duti kena dibayar di bawah Akta ini.

(3)

Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penerima, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penerima di bawah

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak.