Skip to content

Seksyen 23A

Penyelesai syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan duti

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 45 of 190
Seksyen 23A
(1)

Jika suatu ketetapan yang berkesan diluluskan atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan sesuatu syarikat yang kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan atau pengimport, maka penyelesai syarikat itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu diluluskan atau perintah itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua

Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu, dan hendaklah membayar duti eksais itu.

(2)

Penyelesai bagi mana-mana syarikat sedemikian yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.

(2A)

Mana-mana penyelesai yang tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (2B) melakukan suatu kesalahan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2B)

Seseorang penyelesai hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud pengiraan semua duti kena dibayar di bawah Akta ini.

(3)

Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penyelesai atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan mana-mana syarikat itu, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penyelesai di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada

Eksais 53

semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak.

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua