Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian VII · Pelesenan

32. Jualan runcit hendaklah dilesen

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit, atau menawarkan jualan secara runcit, apa-apa likuor yang memabukkan

Eksais 61

sama ada untuk digunakan pada atau di luar premis penjual, kecuali di bawah dan mengikut sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah

Bahagian ini dan dalam sesuatu tempat yang dinyatakan dalam lesen itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh dipakai—

(a)

bagi jualan secara runcit bir atau todi dalam botol-botol yang belum berbuka dan yang meterai dan kapsulnya yang sewajar masih utuh atau dalam tin yang belum berbuka; atau

(b)

berkenaan dengan Sabah, bagi seseorang bumiputera yang menjual secara runcit atau menawarkan jualan secara runcit apa-apa likuor bumiputera yang bukan suatu likuor sulingan;

atau

(c)

bagi jualan secara runcit likuor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah seksyen 65D Akta Kastam 1967.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 33(2) penyerahan likuor yang memabukkan dalam kuantiti-kuantiti yang kurang daripada dua puluh tujuh liter dalam mana-mana satu hari hendaklah dikira dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sebagai keterangan prima facie mengenai jualan secara runcit dan bahawa wang atau balasan lain telah diberi untuk likuor itu.

(3)

Menteri boleh dalam sesuatu kes yang layak dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan dengan perintah membenarkan seseorang menjual secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan.

(4)

Jualan atau tawaran untuk jualan secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan di bawah dan mengikut sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidaklah menjadi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1).

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Report

Bahagian VIII

Todi

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai

Bahagian X

Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules