Seksyen 34
Menyimpan likuor yang memabukkan dan yang duti telah dibayar atasnya
Tiada seseorang yang berlesen untuk menjual likuor yang memabukkan secara runcit atau secara borong boleh menyimpan likuor itu, yang duti telah dibayar atasnya, di tempat-tempat lain daripada dalam premis yang dinyatakan dalam lesennya:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi likuor yang memabukkan yang bona fide dan sebenarnya dalam perjalanan, atau yang disimpan semata-mata untuk kegunaan persendirian.
(2)
Tiada seorang pun selain seseorang yang memegang sesuatu lesen di bawah Bahagian ini boleh memiliki apa-apa likuor yang memabukkan kecuali likuor yang telah dibeli atau diperolehnya bona fide untuk kegunaan persendiriannya dan bukan untuk jualan.
(3)
Seksyen in tidak boleh dipakai bagi seseorang yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 32(3) atau subseksyen 33(3).