Skip to content

Seksyen 33

Jualan secara borong hendaklah dilesen

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 59 of 190
Seksyen 33

(a)

di premis di mana likuor itu dikilang; atau

(b)

jika likuor itu dibekalkan kepada seseorang pembeli terus daripada premis tersebut.

(2)

Penyerahan likuor yang memabukkan dalam sesuatu kuantiti kepada seseorang yang berlesen atau dibenarkan menjual likuor secara runcit atau borong, dan penyerahan likuor yang memabukkan kepada mana-mana orang lain dalam kuantiti dua puluh tujuh liter atau lebih pada mana-mana satu hari, hendaklah dikira dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sebagai keterangan prima facie mengenai jualan secara borong dan bahawa wang atau balasan lain telah diberi untuk likuor itu.

(3)

Menteri boleh dalam sesuatu kes yang layak dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan dengan perintah membenarkan seseorang menjual secara borong apa-apa likuor yang memabukkan.

(4)

Jualan atau tawaran untuk jualan secara borong apa-apa likuor yang memabukkan di bawah dan mengikut sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidaklah menjadi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1).

Eksais 63