Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

41. Kehadiran bagi pihak Pendakwa Raya

Feedback & support
(1)

Mana-mana peguam, peguam bela dan peguam cara atau pegawai undang-undang di dalam perkhidmatan kerajaan mana-mana negara boleh, dengan kebenaran bertulis dari Pendakwa Raya, hadir bagi pihak Pendakwa Raya dalam mana-mana prosiding di bawah

Akta ini.

(2)

Jika Pendakwa Raya telah mengeluarkan kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1), maka peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara dan hak penguam bela dan peguam cara untuk hadir di semua mahkamah keadilan di Malaysia tidaklah terpakai bagi orang yang dinamakan dalam kebenaran itu.

(3)

Orang yang dinamakan dalam kebenaran bertulis itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang boleh dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya untuk mengeluarkan sesuatu kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1)

adalah termasuk kuasa untuk membatalkan, mengkansel atau menggantung kebenaran bertulis itu.

Report

Bahagian X

Pemansuhan

Schedules