Skip to content

Seksyen 52

Pengambilan keterangan bagi maksud pemulangan penjenayah buruan ke Malaysia

of Akta Ekstradisi 1992

ActIn forceProvision 52 of 54
Seksyen 52

(1)

Jika sesuatu waran telah dikeluarkan di Malaysia bagi pemberkasan seseorang dan dia berada, atau disyaki berada, di negara lain, Menteri boleh melalui perintah secara bertulis memberi kuasa kepada seseorang Majistret mengambil keterangan di Malaysia untuk dihantar ke negara yang berkenaan bagi digunakan dalam apa-apa prosiding di negara itu bagi pemulangan orang itu ke Malaysia.

(2)

Apabila perintah itu diterima, Majistret itu hendaklah―

(a)

mengambil keterangan bersumpah atau berikrar setiap saksi yang hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berhubungan dengan perkara itu;

(b)

menyebabkan keterangan itu diubah ke dalam bentuk tulisan dan memperakui bahawa keterangan itu diambil olehnya; dan

(c)

menyebabkan keterangan yang diperakui sedemikian dihantar kepada Menteri.

(3)

Orang yang terhadapnya waran tangkap telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak berhak untuk membuat apa-apa representasi atau menyebabkan apa-apa representasi dibuat dalam prosiding di bawah subseksyen (2) itu.