Seksyen 45
Harta yang ditemui pada penjenayah buruan
(1)
Segala-galanya harta yang ditemui pada penjenayah buruan pada masa dia ditangkap yang mungkin perlu sebagai keterangan dalam membuktikan kesalahan ekstradisi itu boleh diserahkan bersama dengan penjenayah buruan itu semasa pemulangannya, tertakluk kepada―
Ekstradisi 37
(a)
sesuatu penangguhan penyerahan barang itu jika ia diperlukan sebagai keterangan di Malaysia;
(b)
sesuatu aku janji bagi pemulangan barang itu ke
Malaysia apabila diminta;
(c)
hak, jika ada, pihak ketiga berkenaan dengan barang itu.
(2)
Segala-galanya yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh diserahkan walaupun ekstradisi penjenayah buruan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan dia mati, hilang atau lepas lari, tertakluk kepada syarat yang tersebut dalam subseksyen itu.