Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

49. Budi bicara berkenaan dengan pemulangan penjenayah buruan tertentu

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, enggan menyerahkan atau memulangkan seseorang penjenayah buruan jika―

(a)

penjenayah buruan itu warganegara Malaysia; atau

(b)

kesalahan ekstradisi itu ialah kesalahan yang berkenaan dengannya yang mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa.

(2)

Jika ekstradisi ditolak di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah, jika mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa terhadap kesalahan ekstradisi itu, mengemukakan kes itu kepada

Pendakwa Raya dengan tujuan supaya penjenayah buruan itu didakwa di bawah undang-undang Malaysia.

Ekstradisi 39

Report

Bahagian X

Pemansuhan

Schedules